Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana anda boleh memasang node di dalam macOS. Banyak kaedah yang boleh digunakan, antaranya menggunakan homebrew, installer node dan juga menerusi nvm. Perkongsian saya kali ini adalah cara memasang node menggunakan nvm.
Langkah #1
Muat turun dan pasang skrip nvm menggunakan curl. Buka terminal anda dan jalankan perintah di bawah. Tunggu sehingga skrip dipasang selesai.
curl -o- https://raw.githubusercontent.com/creationix/nvm/v0.35.2/install.sh | bash
* v0.35.2 adalah versi terkini semasa hantaran ini ditulis. Anda boleh mengemaskini versi selepas ini.
Langkah #2
Periksa versi nvm anda di terminal menggunakan perintah seperti di bawah.
nvm --version
Langkah #3.1
Seterusnya, kita akan memasang node.js. Jika anda ingin memasang node yang terbaharu, gunakan perintah di bawah.
nvm install node
Langkah #3.2
Jika anda ingin memasang versi stabil yang terbaharu, gunakan perintah di bawah.
nvm install --lts
Langkah #4
Anda boleh mengesahkan versi node dan npm (npm dipasang secara automatik semasa pemasangan node) dengan perintah seperti di bawah.
node -v
npm -v
npm -v
** Nota yang berguna
Jika anda ingin mengemaskini nvm kepada versi terbaharu, sila ikuti langkah di Langkah #1. Anda boleh semak versi terbaharu nvm di sini. Jika anda ingin mengemaskini node kepada versi terbaharu, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
Jika anda memasang node menggunakan kaedah seperti di Langkah #3.1, kemaskini node dengan perintah.
nvm install node --reinstall-packages-from=node
Jika anda memasang node menggunakan kaedah seperti di Langkah #3.2, kemaskini node dengan perintah.
nvm install lts/* --reinstall-packages-from=node
Untuk melihat senarai semua node yang telah dipasang.
Jika anda telah memasang banyak versi node, anda boleh setkan default node yang diinginkan. Jalankan perintah di bawah.
- set default node kepada node terbaharu yang telah dipasang
- set default node kepada node versi stabil terbaharu yang telah dipasang
Jadi, itu sahaja secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan nvm untuk memasang node. Cara ini membolehkan kita memasang banyak versi node di dalam komputer kita. Selamat mencuba.
nvm list
Jika anda telah memasang banyak versi node, anda boleh setkan default node yang diinginkan. Jalankan perintah di bawah.
- set default node kepada node terbaharu yang telah dipasang
nvm use nide
- set default node kepada node versi stabil terbaharu yang telah dipasang
nvm use --lts
Jadi, itu sahaja secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan nvm untuk memasang node. Cara ini membolehkan kita memasang banyak versi node di dalam komputer kita. Selamat mencuba.
0 Comments