Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perkongsian hari ini adalah berkenaan langkah-langkah untuk memasang homebrew di dalam komputer Mac. Homebrew merupakan Package Manager untuk memasang perisian di dalam Mac anda. Jom kita lihat cara-cara menggunakan perintah di command prompt. Caranya mudah dan cepat. sila ikuti langkah-langkah di bawah.



Langkah #1
Pastikan anda telah memasang xcode command line di dalam komputer Mac anda.
xcode-select --install

Langkah #2
Jika anda telah memasang xcode command line, teruskan dengan pemasangan Homebrew seperti di bawah.
/bin/bash -c "$(curl -fsSL https://raw.githubusercontent.com/Homebrew/install/master/install.sh)"

Langkah #3
Tunggu sehingga pemasangan selesai. Anda perlu memasukkan kata laluan semasa pemasangan ini dibuat. Setelah selesai, anda boleh mengesahkan versi homebrew yang telah dipasang.
brew --version

Langkah #4
Untuk memastikan pemasangan telah benar-benar berjaya dan tiada sebarang masalah atau konflik, jalankan perintah di bawah. Brew akan senaraikan langkah yang perlu dibuat jika berlaku sebarang masalah atau konflik.
brew doctor

Ok, anda sudah berjaya memasang Homebrew di dalam komputer anda. Anda boleh membuat pemasangan sebarang perisian menggunakan homebrew antaranya PHP, MariaDB, Nginx dan lain-lain. Selamat mencuba.

#persistence #perfection #success #doausahatawakal